547 PATI ditahan, sia-sia panjat bumbung, terjun parit
Iklan
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Aman Perdana, Klang, Selangor pada Khamis.
KLANG - [DIKEMAS KINI] Tindakan nekad pendatang asing tanpa izin (PATI) panjat bumbung selain cuba terjun ke dalam parit untuk melepaskan diri daripada dicekup selepas penempatan di Pangsapuri Aman Perdana di sini, digempur, pada Khamis, hanya sia-sia.
Tindakan PATI itu berjaya digagalkan menerusi Op Khas Aman 1/2024 yang dijalankan kira-kira jam 2.30 pagi apabila empat blok pangsapuri lima tingkat itu dikepung pihak berkuasa.
Iklan
Iklan
Operasi sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Batalion 4 dan Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Imigresen Selangor itu membawa kepada penahanan 547 warga asing termasuk 35 wanita.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Aman Perdana, Klang, Selangor pada Khamis.
PATI yang ditahan terdiri daripada 158 orang warga Nepal, Myanmar (114), Indonesia (103), Bangladesh (92), Pakistan (47), India (28), Sri Lanka (4) dan seorang Vietnam.
Iklan
Selain serbuan unit rumah, ada juga PATI yang ditahan di kawasan kedai runcit di pangsapuri terbabit.
Op Khas Aman 1 selama lebih tiga jam itu diketuai Penolong Pengarah (Pencegahan) D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Riduan Manap.
Iklan
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama lebih sebulan.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan di Pangsapuri Aman Perdana, Klang, Selangor pada Khamis.
"Pemeriksaan awal mendapati antara kesalahan PATI yang dikesan antaranya tiada dokumen perjalanan sah atau tamat tempoh selain menetap lebih masa di negara ini.
"Tindakan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua tangkapan dibawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut," katanya pada Khamis.
Tambahnya, operasi itu bertujuan untuk membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan tersebut terutama melibatkan PATI.
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.