Dalam perang pun hendak rasuah!
Iklan
Anggota tentera Ukraine menyertai latihan ketenteraan di wilayah Zhytomyr pada Selasa, di tengah pencerobohan Rusia di Ukraine. Foto AFP
PADA Ahad lalu, kerajaan Ukraine melaporkan bahawa sebuah firma membekal senjata api telah bersekongkol dengan beberapa pegawai daripada Kementerian Pertahanan negara itu dalam program perolehan peluru mortar.
Program tersebut dianggap amat kritikal kepada tentera Ukraine yang bergelut dengan pihak Rusia, supaya kemampuan kuasa tembakan lebih jitu terhadap musuh mereka.