Lambang tamadun sistem beraja
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Proses perubahan kepimpinan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong menggambarkan ketinggian maruah dan ketamadunan dalam proses monarki di Malaysia.
Momen bersejarah itu dilakukan dengan penuh tertib dan lancar serta mengikut Perlembagaan Persekutuan, sekali gus menonjolkan keunikan sistem penggiliran Raja-raja Melayu yang telah diamalkan sejak 1957.