Yew Sin-Ee Yi mula langkah kanan di Thailand

Iklan
Yew Sin (kiri)-Ee Yi

PEMAIN badminton beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menyingkap Kejuaraan Thailand Masters langkah kanan selepas menewaskan beregu dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han di pusingan pertama pada Selasa.

Dalam aksi Super 300 di Stadium Nimibutr, Bangkok itu Yew Sin-Ee Yi yang berstatus nombor 12 dunia mengatasi lawan berkedudukan 96 dunia tersebut 21-17, 21-16 dalam masa 33 minit.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu membolehkan Yew Sin-Ee Yi yang juga pilihan keempat kejohanan berdepan gandingan dari Denmark, Jesper Toft-Andreas Sondergaard di pusingan kedua.

Toft-Sondergaard berstatus 51 dunia mara selepas mengejutkan gandingan 27 dunia Chen Bo Yang-Liu Yi dari China, 21-19, 21-17 dalam masa 41 minit.

Iklan

Sebagai rekod, ini merupakan perlawanan Siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Malaysia (BWF) ketiga beregu tersebut pada tahun ini yang bermula dengan Terbuka Malaysia, Yew Sin-Ee Yi mengakhiri cabaran di suku akhir selepas tewas kepada juara dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 15-21, 9-21.

Sementara di Indonesia Masters pula cabaran Yew Sin-Ee Yi tersekat di pusingan kedua apabila tewas kepada Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani,15-21, 11-21.

Iklan

Kemenangan itu juga merupakan dos penggalak kepada Yew Sin-Ee Yi yang masih dalam misi memburu mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.


THAILAND MASTERS 2024

Jadual Perlawanan

Wong Ling Ching lwn Ashmita Chaliha (India)

Letshanaa Karupathevan lwn Ratchanok Intanon (Thailand)

Choong Hon Jian-Go Pei Kee lwn Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (Thailand)

Chen Tan Jie-Toh Ee Wei lwn Kenneth Zhe Hooi Choo-Gronya Somerville (Australia)

Chan Peng Soon-Cheah Yee See lwn Lee Chun Hei Reginald-Ng Tsz Yau (Hong Kong)

Goh Soon Huat- Shevon Lai Jemei lwn Mads Vestergaard-Christine Busch (Denmark)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing lwn Chang Ko-Chi-Poh Li-Wei (Taiwan)

Chia Weijie-Liew Xun lwn He Ji Ting-Ren Xiang Yu (Hong Kong)

Cheam June Wei lwn Jan Louda (Czech)

Leong Jun Hao lwn Sankar Subramanian (India)

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin lwn Marcus Ellis-Lauren Smith (England)

* Pemain Malaysia di sebut dulu.