Perhalusi semula isu pencen
Iklan
penjawat awam sentiasa setia bersama sektor awam disebabkan mereka melihat pencen sebagai perkara amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan selepas bersara. Gambar hiasan.
MUTAKHIR ini isu lantikan penjawat awam baharu tidak berpencen telah menjadi perdebatan dan perbualan pelbagai lapisan masyarakat. Ada bersetuju dan ramai juga tidak bersetuju.
Satu media tempatan telah menjalankan tinjauan melalui Facebook mereka dan dapatan menunjukkan 70 peratus responden yang mengambil bahagian tidak bersetuju skim pencen untuk penjawat awam pada masa akan datang dimansuhkan.