Anwar beriltizam mereformasi ekonomi negara, julang darjat rakyat
Iklan
IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau beriltizam untuk mereformasi ekonomi negara bagi menjulang darjat rakyat dan langkah itu wajib bermula dengan golongan kurang berkemampuan.
Beliau berkata, program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumum minggu lepas merupakan antara langkah besar bagi merealisasikan gagasan itu.