Perbankan Islam dan konvensional
Iklan
Bank-bank konvensional mula memperkenalkan ‘jendela Islamik’ mereka, memberi pilihan kepada pelanggan memilih perkhidmatan Islamik atau konvensional.
SETAKAT yang saya tahu, tiada sesiapa membangkitkan isu mengenai hukum mereka bekerja di tempat tersebut. Itu mungkin satu rahmat. Menjelang 1970-an, sudah ada sebilangan orang Melayu/Islam di Bank Negara dan bank swasta.
Pada 1980-an, ada yang sudah mengumpul pengalaman cukup dan agak senior. Jadi, apabila apa yang dipanggil ‘kebangkitan Islam’ bermula pada 1970-an dan isu mengadakan perbankan Islam timbul, kita sudah mempunyai orang yang mempunyai pengalaman praktikal mencukupi dalam perbankan konvensional bagi membantu menghasilkan produk Islamik.