Perbandingan KWSP, skim pencen
Iklan
Kerajaan telah mengumumkan bahawa penjawat awam tetap baharu tidak lagi diberikan skim pencen sebaliknya akan membuat caruman menerusi KWSP. Gambar hiasan Bernama
BEBERAPA hari lalu, kerajaan telah mengumumkan bahawa penjawat awam tetap baharu tidak lagi diberikan skim pencen. Mereka akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Skim pencen adalah satu dasar yang diwarisi oleh pihak penjajah British. Penjawat awam yang bersara bakal menerima bayaran bulanan daripada kerajaan dengan pengiraan gaji pokok terakhir didarab jumlah tempoh perkhidmatan.