'Pengganti Dr Maszlee perlu faham Dasar Pendidikan Kebangsaan'

Iklan
AHMAD SAMSURI

KUALA TERENGGANU - Individu yang bakal menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan bagi menggantikan Dr Maszlee Malik perlu memahami Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, individu terbabit juga perlu memahami keperluan untuk meletakkan keutamaan dalam dasar pendidikan negara dengan menjadikan Perlembagaan negara sebagai asas utama.

Iklan
Iklan

"Peranan sebagai Menteri Pendidikan adalah antara tugas paling berat kerana melibatkan tugas untuk menjaga keseluruhan masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

"Jadi kita harap supaya menteri baharu yang bakal dilantik nanti memahami Dasar Pendidikan Kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menafikan hak-hak kelompok minoriti," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu katanya, pihaknya masih berharap supaya menteri baharu yang dilantik itu dapat mengkaji semula penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

"Kita di Terengganu masih mengharapkan supaya keputusan penggabungan UMT dan UniSZA dapat dikaji balik oleh menteri baharu kerana kami masih berpandangan ia merugikan, tidak strategik serta tidak mendatangkan faedah," katanya.

Iklan

Khamis lalu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan pada sidang media khas di Putrajaya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Maszlee berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr Mahathir pada pertemuan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya pada hari sama memberitahu pengganti Dr Maszlee akan diumumkan sedikit masa lagi.

ARTIKEL BERKAITAN 'Saya pulangkan jawatan ini kepada Perdana Menteri..'