Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Iklan
Pelancong tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan kehijauan di tengah bandar raya Kuala Lumpur ketika tinjauan di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur hari ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. - Foto Bernama

TAMAN Eko Rimba Kuala Lumpur adalah satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah ibu kota.

Hutan lipur ini adalah hutan simpan tertua di Semenanjung Malaysia dan kedudukannya yang strategik dikelilingi bangunan pencakar langit yang menjadikannya penting dalam memainkan peranan sebagai ‘green lung’ Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia yang memfokus kepada eko pelancongan, seni dan budaya, sesuai dengan Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2016-2025 dan Dasar Budaya Kebangsaan yang meletakkan ekopelancongan, seni dan budaya sebagai fokus utama dan jalan menuju ke depan dalam pembangunan industri pelancongan di Malaysia. - Bernama