10 lagi ahli Parlimen Bersatu akan sokong Perdana Menteri

Iklan
Syed Abu Hussin Hafiz pada sidang akhbar di Baitul Husna, Puchong pada Jumaat.

PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengesahkan 10 lagi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, mereka yang terlibat ialah lima ahli Parlimen dari Utara (Kedah, Perak dan Pulau Pinang), tiga dari negeri Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) serta dua dari Selangor dan Melaka.

Iklan
Iklan

"Ada gerakan yang berlaku menyebabkan saya mengambil nombor baharu ini.

"Bila? (akan nyatakan sokongan), saya kata tak lama lagi, menjelang 28 Februari ini ketika Dewan Rakyat bersidang," katanya dalam sidang akhbar di Baitul Husna dekat sini pada Jumaat.

Iklan

Susulan itu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid dilapor pernah memberi jaminan penuh tidak ada lagi ahli Parlimen dari parti berkenaan akan beralih pendirian menyokong Anwar berdasarkan perbincangan.

Dalam pada itu Syed Abu Hussin Hafiz berkata, ramai ahli Parlimen Bersatu kecewa dan rasa tidak dihargai ekoran sehingga kini parti dilihat tidak mempunyai arah tuju yang jelas dalam perjuangan.

Iklan

Menurut beliau, barisan kepimpinan Bersatu juga jarang memanggil ahli Parlimennya untuk berbincang dalam usaha membantu mereka kekal di kawasan masing-masing.

"Kewangan menjadi isu besar kepada semua ahli Parlimen. Kalau parti tidak mengambil perhatian, siapa lagi yang nak beri perhatian.

"Ternyata dah setahun lebih, tiada apa yang berlaku. Malah dalam Perhimpunan Agung Bersatu tahun lepas, sepatutnya parti ada penambahbaikan," ujarnya.