1.7 juta rakyat Malaysia telah daftar PADU

Iklan
Statistik pendaftaran PADU sehingga Rabu.

SHAH ALAM - Sejumlah 1.71 juta individu daripada 30.08 juta orang yang didaftarkan, telah mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga Rabu.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, Selangor merekodkan jumlah tertinggi kemas kini maklumat dengan 0.3 juta sejak dilancarkan pada 2 Januari lepas.

Iklan
Iklan

Ia diikuti Sarawak dengan 0.22 juta; Johor (0.17 juta), Perak, Sabah (0.15 juta); Kedah (0.11 juta); Kelantan, Kuala Lumpur (0.10 juta); Pahang, Pulang Pinang (0.09 juta); Terengganu, Negeri Sembilan (0.08 juta), Melaka (0.05 juta); Perlis (0.02 juta) dan masing-masing 0.01 juta bagi Putrajaya serta Labuan.

Menurut PADU, bilangan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam sistem yang bersumberkan data pentadbiran berjumlah 21.97 orang serta 30.08 juta bagi yang berumur 0 tahun dan ke atas.

Iklan

PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Sistem itu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bagi memudahkan pengumpulan, penyimpanan, dan pengurusan data dari pelbagai sumber.

Iklan

Orang ramai yang ingin membuat pengemaskinian PADU boleh ke pautan www.padu.gov.my.