'Kami akan berjuang habis-habisan di Molineux'
Iklan
PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan respons positif dalam kalangan para pemain The Red Devils menjelang aksi Pusingan Ketiga Piala FA menentang Wolverhampton di Stadium Molineux, pagi ini.
Menurutnya, hadir ke laman Wolves bukan sesuatu yang mudah, namun beliau percaya para pemain Manchester United mampu menghasilkan respons positif selepas tewas 0-2 kepada Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates tiga hari lalu.