Ubah tingkah laku atau minda?
Iklan
Alif Satar (depan) berswafoto bersama orang ramai yang hadir pada program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
MENGUBAH tingkah laku manusia ke arah kebaikan bukannya sesuatu yang mudah dan mengambil masa yang singkat.
Perubahan tingkah laku manusia adalah proses sepanjang zaman. Cabaran menguruskan tingkah laku manusia bermula dari kelahiran sehinggalah kematian. Pelbagai pengaruh luaran menyukarkan lagi proses perubahan tingkah laku tersebut.