Polis Kelantan buru 17 individu

Iklan
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan 17 individu yang terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka ini dikehendaki sejak tahun 2021 lalu bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah tersebut, tujuh individu itu terlibat dengan jenayah narkotik dan selebihnya jenayah komersial (5) dan jenayah (5)," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Sebahagian daripada individu yang dikehendaki polis untuk membantu siasatan.
Iklan

Menurut beliau, kesemua suspek itu merupakan penduduk di negeri ini dan berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun.

Iklan

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan suspek diminta segera menghubungi pihak polis atau Pusat Kawalan IPK Kelantan ditalian 09-7455555.