Johor ucap takziah kematian Muhammad Ata

Iklan
Status yang dimuat naik Ras Adiba di Facebooknya yang berkongsi kesedihan selepas pemergian Allahyarham Muhammad Ata.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Ata Maarof, 28, yang maut dalam tragedi kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya, Muar pagi tadi.

Allahyarham Muhammad Ata merupakan pemenang pingat gangsa mewakili negeri ini dalam Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak pada tahun 2018.

Iklan
Iklan

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pemergian Allahyarham Muhammad Ata merupakan satu kehilangan besar kepada sukan Para Sukma di Johor.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) serta pihak kerajaan negeri mengenai khabar duka ini selain akan melawat keluarga Allahyarham.

Iklan

Dalam pada itu, personaliti terkenal tanah air, Ras Adiba Radzi turut berkongsi kesedihan di Facebooknya dengan pemergian Allahyarham Muhammad Ata dalam kejadian tersebut.