Kerana nila setitik
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kes-kes jenayah yang didakwa melibatkan anggota dan pegawai polis.
SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini pihak media sama ada cetak, elektronik atau media sosial telah ‘digemparkan’ dengan pelbagai berita berkaitan salah laku serta jenayah yang dikatakan dilakukan oleh individu-individu atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara keamanan dan undang-undang.
Malaysia mengamalkan konsep pertahanan menyeluruh atau ‘Hanruh’ yang menggembleng semua tenaga, bukan setakat organisasi ketenteraan sahaja.