'Kakak pesan jaga diri, dengar cakap suami' - Adik
Iklan
Nur Irdina Wafa ditenangkan ahli keluarga di Hospital Banting. Foto Bernama
BANTING - Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil di sini hari ini, sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.
Adik Nurhikmah Abd Rahman, 43, wanita berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, arwah menitipkan pesanan itu ketika menghadiri majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur, semalam.
Iklan
Iklan
"Semalam, kakak bersama dua lagi anaknya sempat ke majlis perkahwinan saya di Kuala Lumpur. Tiada perubahan ketara kecuali arwah yang banyak menangis dan mahu bergambar bersama adik-beradik yang lain.
"Kakak kata alangkah baiknya kalau ada arwah ibu bapa kami pada majlis ini. Dia sempat juga menitipkan nasihat agar menjaga diri baik-baik dan mendengar cakap suami," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Forensik, Hospital Banting di sini hari ini.
Iklan
Dalam kejadian pagi tadi, Nurhikmah dan anaknya, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit.
Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak Nurhikmah iaitu Nur Irdina Wafa, 16, cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Banting.
"Sangat sedih apabila kakak saya maut dalam kemalangan. Tambahan pula, arwah meninggal dunia pada tanggal tarikh sama dengan arwah ibu kami iaitu 22 Januari dan bapa pada 22 Mei tahun lepas,” katanya.
Nur Irdina Wafa ditemani keluarga di Hospital Banting. Foto Bernama-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Iklan
Menurutnya, ketika kejadian kakaknya dipercayai dalam perjalanan menghantar dua anaknya masing-masing ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah ini.
Dia berkata, kejadian menimpa kakaknya itu diketahui sekitar jam 10 pagi tadi, selepas dimaklumkan anak lelaki Allahyarham yang menuntut di sekolah berasrama penuh di Perak.
Terdahulu media melaporkan, dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta lain. - Bernama
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi