Polis kesan lelaki langgar anggota JPJ
Iklan
Muhamad Zaki (dua dari kiri) memakaikan pangkat kepada Sarjan Rasidi Mohamed Ali Hanapiah (dua dari kanan) yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan.
KOTA BHARU - Polis giat mengesan seorang pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang melanggar anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kuala Krai, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan berwarna perak yang digunakan oleh suspek lelaki tersebut dikesan kali terakhir berada di sekitar Pasir Puteh.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, polis melancarkan gerakan mencari suspek selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 11.30 Sabtu.
"Suspek ini dikehendaki kerana bertindak melanggar anggota JPJ dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kaki dan tangan,” katanya.
Iklan
Penerima surat penghargaan Ketua Polis Kelantan di IPK pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Rendah Polis dan penerima surat penghargaan Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pada Isnin.
Menurut Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh atau cuai di jalan awam hingga membahayakan nyawa.
Iklan
Mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi Seksyen 279 Kanun Keseksaan pula, pesalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil menyalurkan ke balai-balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, suspek cuba melarikan diri daripada SJR terbabit namun gagal apabila enjin kereta tiba-tiba gagal berfungsi.
Seorang anggota JPJ yang berada di belakang kereta mengarahkan pemandu itu untuk masuk ke dalam kawasan Akademi JPJ Wilayah Timur bagi pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun apabila enjin kereta berjaya dihidupkan semula, suspek terus meluru ke arah mangsa, Mohamed Azrin Abdul Wahab, 43, yang berada di hadapan kereta dan mangsa bertindak melompat ke atas bahagian bonet sebelum terjatuh ke tepi kereta.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Tertuduh, R Dinesh, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665068/berita/semasa/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah-langgar-atlet-kayak-kebangsaan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com