4,000 lukisan abad ke-19 dan 20 musnah dalam kebakaran muzium

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

MOSCOW - Kira-kira 4,000 karya lukisan abad ke-19 dan ke-20 musnah selepas sebuah muzium kesenian di wilayah pemisah Georgia di Abkhazia terbakar pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kebakaran itu menyebabkan kerosakan yang tidak boleh kami pulihkan.

Iklan
Iklan

"Semua gambar hangus,” kata Pengarah Galeri Seni Negara, Suram Sakaniya.

Menurut perkhidmatan kecemasan, kebakaran bermula di bahagian bumbung dan siasatan awal mendapati ia berpunca daripada kabel elektrik.

Iklan

Antara karya yang musnah ialah lukisan oleh seniman Abkhazia dan pelukis asing.

Kira-kira 300 lukisan oleh artis Abkhazia Aleksandr Chachba-Sharvashidze (1867-1969) yang juga terkenal di luar negara turut musnah. - Bernama/dpa

Iklan