Jordan kecewa gagal malukan Korea Selatan

Iklan
Hussein Ammouta

PENGENDALI Jordan, Hussein Ammouta mengakui kecewa gagal untuk meraih kemenangan ke atas Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E Piala Asia pada Sabtu.

Jordan yang menewaskan Malaysia 4-0 pada perlawanan pertama terpaksa akur dengan gol sendiri pertahanan mereka, Yazan Al-Arab pada masa kecederaan untuk seri 2-2 dengan Korea Selatan.

Iklan
Iklan

"Apa yang penting ialah kami bermain setanding dengan mereka. Cuma, kami tidak berusaha keras untuk cuba dan mengekalkan keputusan itu," katanya.

Dalam perlawanan itu, Son Heung-min menyempurnakan penalti untuk meletakkan Korea Selatan di hadapan pada minit kesembilan.

Iklan

Jordan mula mengancam dan menyamakan kedudukan pada minit ke-37 apabila Park Yong -woo menolak masuk bola ke gawang sendiri sebelum Naimat meletakkan pasukan di hadapan pada minit keenam masa kecederaan separuh masa pertama.

Jordan berada berkongsi empat mata bersama Korea Selatan di kedudukan teratas Kumpulan E dan akan bertemu Bahrain dalam aksi terakhir kumpulan pada Khamis di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Iklan

Korea Selatan pula akan menentang Malaysia pada hari yang sama di Stadium Al Janoub.