Bersukan waktu malam jadi pembunuh senyap hanya mitos
Iklan
Pakar kesihatan mengatakan setakat ini, belum ada kajian menyeluruh yang mengaitkan senaman sebagai penyebab SADS secara keseluruhan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Dr Mohamed Rusli, Dr Sharifa Ezat
BERSENAM pada waktu malam sudah menjadi satu budaya di Malaysia apabila ramai memilih melakukan aktiviti sukan pada masa ini kerana sudah tidak terikat dengan waktu kerja selain cuaca yang lebih sejuk berbanding pagi atau petang.
Malah, aktiviti riadah seperti badminton, acara fun walk, malah larian pada waktu malam sentiasa penuh dengan orang ramai yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat.