Prospek pelaksanaan APBT
Iklan
Laporan Sinar Harian.
BARANGKALI hikmah terbesar perubahan landskap politik negara daripada pemerintahan dominasi satu parti kepada koalisi pelbagai parti adalah penyuburan pendemokrasian.
Daripada memorandum persefahaman (MoU) kerajaan-pembangkang dan Akta Anti Lompat Parti, terkini timbul pula usul mewujudkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap (APBT) sebagai suatu kaedah mempelbagaikan pembaharuan bagi meningkatkan institusi demokrasi negara.