Kenapa ucap Gong Xi Fa Cai?
Iklan
Tahun Baharu Cina atau disebut juga Perayaan Musim Bunga di China merupakan sambutan perayaan paling masyhur dan paling meriah disambut oleh masyarakat Tionghoa di seluruh dunia. Gambar hiasan
PANTASNYA masa berlalu. Bulan Januari 2024 hampir tiba ke penghujung. Bulan Februari pula semakin menghampiri dan bakal disambut dengan lagu-lagu irama meriah serta pukulan gendang tarian singa, menandakan masyarakat Tionghoa telah memasuki mood sambutan Tahun Baharu Cina.
Dalam dua siri Kopitiam Kita yang lalu, penulis Tai Zee How dan Christine Cheah telah berkongsi ilmu mengenai cerita tahun ‘2023A’ serta kitaran 12 tahun zodiak Cina.