Batu Caves akan dilengkapi kemudahan eskalator
Iklan
Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini. Gambar kecil: Nadarajah
KUALA LUMPUR - Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu, Tan Sri R Nadarajah berkata, eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serba guna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
Iklan
Iklan
Sementara itu Chee Keong berkata, Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan program Kesuma Madani di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam ini.
Chee Keong meninjau tapak Program Kesuma Madani bersama Komuniti sempena Hari Thaipusam di Pejabat Pengurusan Batu Caves pada Jumaat. Foto Bernama
Beliau berkata, kementeriannya akan menghantar 200 sukarelawan ke Batu Caves bagi membantu jawatankuasa kuil dalam menguruskan isu logistik semasa Thaipusam, di samping menyediakan reruai khas bagi tujuan memberi maklumat pekerjaan dan pendaftaran kaum India yang berminat mengikuti kursus-kursus teknikal.
Iklan
Reruai itu akan disediakan dengan kerjasama Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) kerana Kementerian Sumber Manusia turut menyasarkan suri rumah daripada masyarakat India untuk mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>