'Polis perlu segera siasat pihak cuba jatuhkan kerajaan'
Iklan
Shamsul Iskandar Mohd Akin
KUALA SELANGOR - Polis diminta segera menyempurnakan siasatan berhubung pihak yang cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, siasatan itu penting bagi membolehkan pihak terlibat yang cuba menganggu-gugat kestabilan politik dalam negara dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sehingga kini terdapat kira-kira 80 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenai perkara berkenaan.
"(Pertukaran) kerajaan bersifat jahat dan tidak benar kerana saya yakin dari segi apa yang kita lihat keutuhan komponen dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Mesra Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sebuah hotel di sini pada Jumaat.
Iklan
Ditanya terdapat gerakan memujuk ahli Parlimen bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada, Shamsul Iskandar memberitahu, perkara itu tidak lagi timbul.
"Saya fikir selepas beberapa laporan polis dibuat tidak ada langsung gerakan itu dan saya percaya pembangkang sebenarnya cuba membuat spekulasi tidak benar," tambah beliau.
Iklan
Shamsul Iskandar (belakang lima dari kanan) dan Penyelaras DUN Permatang,Mohd Yahya Mat Sahri (belakang enam dari kanan) bergambar bersama-sama guru dan murid yang membuat persembahan pada Majlis Jalinan Mesra Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Permatang di sebuah hotel di sini pada Jumaat.
Terdahulu semasa ucapan beliau pada majlis itu, Shamsul Iskandar menegaskan Kerajaan Madani hanya akan jatuh melalui penarikan sokongan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
"Jika (kedua-dua presiden parti masing-masing) tarik semua sokongan, (maka) habislah kerajaan ini, tetapi adakah ini mungkin (terjadi)?. Insya-ALLAH tidak.
"Sebab itu, bila ada usaha untuk menggugat kestabilan ini, saya sendiri sebagai setiausaha politik paling kanan pergi ke balai polis membuat laporan," jelas beliau.
Katanya, semua ahli Parlimen terikat dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Anti Lompat Parti.
"Kita buat laporan polis sebab hendak memberitahu mereka (pembangkang), jangan cuba gugat kestabilan ini kerana kita ada undang-undang.
"Jangan guna cara yang cukup nakal dan khianat kerana kita ada undang-undang dan kesalahan di bawah Sosma.
"Kenapa kita gubal Akta Anti Lompat Parti?
Sebab sepanjang 2018 hingga 2022 berapa kali PM (Perdana Menteri) ditukar?
Dengan izin ALLAH, kita (Kerajaan Perpaduan) akan kekal sampai pilihan raya akan datang," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.