Ular masuk pesawat ke Bangkok

Iklan
Seekor ular dikesan memasuki pesawat penerbangan dari Phuket. Foto Agensi

PHUKET - Seekor ular yang 'tersesat' memasuki sebuah kapal terbang mencetuskan panik seluruh penumpang dalam sebuah pesawat semasa melakukan perjalanan dari Bangkok ke pulau peranginan Phuket, Thailand.

Insiden yang berlaku pada Sabtu lalu menyaksikan seekor ular ditemui merayap atas kepala penumpang dan video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @wannabnailssalon telah tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Semasa kejadian iaitu ketika pesawat mendarat, seorang penumpang menjerit dan memberitahu terdapat seekor ular merayap atas kepalanya sehingga mencetuskan panik dalam pesawat itu.

Dalam klip video itu, seorang pembantu kapal terbang dilihat cuba menangkap reptilia itu menggunakan botol minuman.

Iklan

Bagaimanapun, usaha itu gagal dan dia berjaya menangkapnya dengan memasukkannya ke dalam beg plastik.

Selepas video itu tular, ramai netizen memuji pendekatan pembantu kapal yang kelihatan tenang mengendalikan penangkapan ular itu manakala yang lain mempersoalkan bagaimana reptilia tersebut memasuki pesawat.

Iklan

Segelintir netizen mengandaikan ular tersebut berbisa manakala sebaliknya membuat spekulasi bahawa ular yang dipercayai diseludup penumpang tidak berbisa sama sekali.

Sebelum ini, seekor ular ditemui dalam sebuah bas di Bangkok sehingga menarik perhatian ramai apabila segelintir kaki nombor ekor mencari nombor kenderaan itu dengan tujuan berjudi. - Agensi.