Rakyat mahu bekalan air berkualiti
Iklan
Orang ramai menuntut perkhidmatan bekalan air yang lebih berkualiti susulan pelarasan tarif melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Elmy, Harpreet Kaur, Shamsudin, Abdul Malik)
SHAH ALAM - Rakyat menuntut agar operator air negeri meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air susulan pelarasan tarif melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini.
Eksekutif pentadbiran sebuah syarikat swasta, Mohd Elmy Mohamad, 42, berkata, keutamaan perlu diberikan dari aspek penggantian, menaik taraf dan membuat penyelenggaraan paip uzur yang sering menjadi punca kehilangan air dan masalah tekanan air rendah.