Kerjasama Tun M-PN tidak jejas sokongan bukan Melayu
Iklan
Penganalisis melihat kerjasama antara PN dengan Dr Mahathir (tiga dari kanan) tidak akan menjejaskan sokongan kaum bukan Melayu kepada pembangkang menjelang PRU16 nanti. Gambar kecil: Hussain Yusri (kiri), Muhammad Shamshinor
KERJASAMA Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjejaskan sokongan kaum bukan Melayu kepada pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.
Ini kerana biarpun PN menamatkan kerjasama dengan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, belum tentu majoriti pengundi bukan Melayu terutama di negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan seperti Pulau Pinang, Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan akan menyokong pakatan pembangkang pada PRU16 kelak.