Kerajaan Sri Lanka arah pengendali bas perlahankan lagu

Iklan
Pemandu dan pembantu bas memeriksa sistem bunyi sebelum memulakan perjalanan di Bijayagama, Sri Lanka selepas kerajaan melarang bunyi muzik kuat dalam kenderaan itu. - AFP

COLOMBO - Kerajaan Sri Lanka kelmarin memberikan masa selama dua minggu kepada pengendali bas untuk memperlahankan bunyi muzik dalam kenderaan itu susulan aduan daripada penumpang.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan Sri Lanka, Dharma Wanniyanke berkata, menterinya, Mahinda Amaraweera telah memberikan tempoh sehingga 15 Januari ini secara sukarela kepada pengendali untuk menurunkan bunyi atau dikenakan tindakan undang-undang.

Iklan
Iklan

"Pihak kementerian menerima banyak aduan daripada penumpang yang mendakwa mereka menderita sepanjang berada di dalam bas kerana bunyi muzik yang cukup kuat. Begitu juga di media sosial yang meminta pengharaman muzik di dalam bas," katanya.

Terdapat kira-kira 20,000 bas persendirian yang membawa penumpang di sekitar Sri Lanka yang terkenal memainkan lagu Sinhala, Tamil dan Hindi yang kebanyakannya daripada filem bajet rendah pada kadar cukup kuat.

Iklan

Sementara itu Suruhanjaya Pengangkutan Negara (NTC) berkata, pihaknya menawarkan kira-kira 1,000 senarai lagu dalam bahasa Sinhala, Tamil dan Hindi secara percuma untuk dimainkan dalam bas pada tahap munasabah.

"Namun begitu, senarai itu tidak diwajibkan kepada pengendali," katanya. - AFP

Iklan

.