Kutipan sampah pukal percuma sempena Tahun Baharu Cina
Iklan
SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres selama 13 hari bermula 29 Januari ini.
MBSJ dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) sehingga 9 Februari depan sempena Tahun Baharu Cina.