Terbuka India: Wei Chong-Kai Wun 'bungkus' awal
Iklan
Wei Chong-Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan Terbuka India pada Selasa. Foto fail Bernama
BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh ketujuh dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan kejohanan badminton Terbuka India di sini, pada Selasa.
Beregu negara yang berada di ranking ke-18 dunia tewas 21-16, 15-21, 13-21.
Iklan
Iklan
Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan pasangan Amerika, Syarikat, Annie Xu-Kerry Xu 11-21, 21-17, 21-13.
Pada pusingan kedua esok, Vivian-Chiew Sien akan berdepan beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam yang mudah mengalahkan wakil tuan rumah, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda 21-6, 21-7.
Iklan
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan mudah melepasi halangan pertama aoabila menewaskan gandingan Perancis,Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-12, 21-15.
Soon Huat-Shevon bakal menentang pemenang perlawanan antara wakil China, Cheng Xing-Zhang Chi dan Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>