Realiti dan ilusi Langkah Dubai
Iklan
Sama ada langkah menjatuhkan kerajaan itu benar realiti atau hanya ilusi untuk saling memberi keuntungan politik masing-masing, tidaklah siapa yang pernah mengetahui.
"TERDAPAT ramai calon yang baik di luar sana tetapi mereka tak dipilih kerana mereka tidak mempunyai perawakan yang baik,” kata Gabriel Lenz, seorang sarjana sains politik dari University of California, Berkeley.
Mungkin itulah yang berlaku di negara kita – ramai ahli politik yang dilihat berperawakan baik tetapi akhirnya mereka menyusahkan kita semua. Mutakhir ini berita mengenai cubaan menjatuhkan kerajaan muncul lagi.