Koleksi edisi terhad siri animasi SPYxFAMILY ditawarkan di Guardian

Iklan
Peserta yang mengambil bahagian memakai kostum pada SPYxFAIMLY Best Cosplay Contest yang diadakan di Kuala Lumpur, baru- baru ini.

KOLEKSI edisi terhad barangan siri manga dan televisyen popular Jepun, SPYxFAMILY kini boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian seluruh negara.

Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia, Anna Ng berkata, pihaknya menawarkan empat set barangan koleksi yang dihasilkan berdasarkan karakter utama iaitu Lord Forger, Yor Forger dan Anya Forger dalam siri animasi popular itu.

Iklan
Iklan

"Empat set barangan koleksi ini dihasilkan berdasarkan karakter dalam siri manga tersebut dan keempat-empatnya boleh didapati dengan harga RM99 setiap satu.

"Pelanggan boleh memiliki set barangan koleksi itu pada setiap kali mereka membelanjakan RM20 untuk jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk atau RM50 untuk jenama lain dalam satu resit,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Ng berkata, set Barangan Koleksi 1 dikenali sebagai LOID FORGER, sempena watak bapa dalam siri anime itu.

"Koleksi Loid yang bernilai RM199 telah pun ditawarkan mulai 27 Disember 2023 dan didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid,” kata Ng.

Iklan

Beliau berkata, set Barangan Koleksi 2 dikenali sebagai YOR FORGER, sempena watak ibu dalam siri anime tersebut bernilai RM199 yang ditawarkan di stor Guardian bermula 11 Januari lalu didatangkan dengan kotak rekaan khas mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor berserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.

"Set Barangan Koleksi 3 dikenali sebagai ANYA FORGER bernilai RM230 bersempena watak anak perempuan dalam siri popular itu akan ditawarkan di stor Guardian mulai 25 Januari ini dengan penampilan kotak rekaan khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya,” ujar Anna.

Beliau berkata, set Barangan Koleksi 4 dikenali sebagai pek Kotak Forger Series akan dikeluarkan pada 28 Februari ini.

"Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami,” tambahnya.

SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo yang mengisahkan misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada penyamarannya.

Pengintip itu tidak menyedari anak angkatnya memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal.

Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama.

Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022.

Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.