Gangguan air: Pulau Pinang belum terima permohonan rebat
Iklan
Kon Yeow (enam dari kiri) bersama penerima biasiswa di Majlis Penyerahan Biasiswa Ancom Crop Sdn Bhd pada Isnin.
GEORGE TOWN - Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan untuk memberi rebat kepada pengguna terjejas berikutan gangguan bekalan air berjadual pada 10 hingga 14 Januari lalu.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, susulan daripada itu, tiada cadangan pemberian rebat kepada pengguna yang terjejas selama lima hari itu.
Iklan
Iklan
"Kita tidak menerima sebarang permohonan rasmi, tunggu dan lihat.
"Saya fikir, selepas pengalaman ini, kita harap penduduk Pulau Pinang dan seluruh rakyat negara ini akan lebih menghargai air dengan lebih baik.
Iklan
"Air adalah aset yang tidak ternilai. Tanpa air, sebarang kerja tidak dapat dijalankan.
"Disebabkan itu, kita menjalankan pelbagai kempen jimat air di dalam kehidupan kita.
Iklan
"Bagaimanapun, nampaknya kempen itu kurang berjaya kerana tarif air di Pulau Pinang amat rendah, pengguna sanggup membayar jika mereka guna lebih air," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Biasiswa Ancom Crop Sdn Bhd di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendesak Kerajaan Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) supaya memberi rebat sekurang-kurangnya 50 peratus kepada pengguna terjejas.
Tong Keong berkata, rebat itu adalah untuk bil bagi Disember 2023 dan Januari 2024, sebagai satu pampasan dan subsidi kepada pengguna yang berbelanja lebih untuk membeli tong bagi menghadapi gangguan bekalan air.
Bermula 10 Januari lalu, seramai 590,000 akaun pengguna terjejas susulan gangguan bekalan air berjadual selama lima hari.
Kawasan yang terjejas termasuk majoriti di kawasan Seberang Perai manakala di bahagian pulau ialah Pulau Tikus, George Town, Jelutong, Gelugor, Bukit Jambul, Relau, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Kumbar dan Balik Pulau.
Gangguan itu membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
Kerja pembaikan paip tersebut melibatkan penggantian dua unit injap kawalan utama sebesar 1,200 milimeter (mm) dalam saluran paip air terawat utama dalam LRA yang bocor.
Sementara itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Indah Water Konsortium (IWK) untuk meneroka air kitar semula.
"Ia untuk digunakan semula oleh sektor perkilangan.
"Perkara ini masih dalam perbincangan lanjut kerana paling penting adalah kita perlu ada pengguna.
"Ia bermaksud, adakah kilang-kilang ini akan memberi air yang dikitar semula ini.
"Ini antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan," katanya.
Kon Yeow berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago yang menyatakan sudah tiba masanya Pulau Pinang menggunakan air sisa terawat demi memastikan kemampanan bekalan air, sekali gus mengurangkan gangguan bekalan asas itu.
Charles berkata, air sisa terawat akan memberi manfaat khususnya kepada industri, memandangkan loji rawatan kumbahan berada berdekatan kilang di Bayan Baru dan Jelutong.
Beliau berkata lagi, Sungai Muda yang menjadi 80 peratus sumber air Pulau Pinang, susut dengan cepat apabila parasnya turun mendadak berbanding sebelumnya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.