Dua penalti bantu UAE atasi Hong Kong

Iklan
Yahya al-Ghassani menyempurnakan sepakan penalti UAE pada aksi pembukaan Kumpulan C antara UAE dan Hong Kong, pada malam Isnin. Foto AFP

EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Hong Kong 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C, malam Isnin.

Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa di Bandar Al Rayyan, naib juara edisi 1996 itu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Sultan Adill Alamiri pada minit ke-34.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Hong Kong bangkit menyamakan kedudukan selepas empat minit babak kedua bermula, menerusi pemain tengah Philip Chan Siu Kwan.

UAE yang mara ke separuh akhir pada edisi lepas, dihadiahkan penalti kedua pada masa kecederaan yang disempurnakan pemain sayap Yahya Al Ghassani sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.

Iklan

Terdahulu, jaringan kedua Hong Kong oleh penyerang Michael Udebuluzor pada masa kecederaan babak kedua dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

UAE akan berdepan Palestin pada 18 Januari manakala Hong Kong akan bertemu Iran sehari selepas itu. - Bernama

Iklan