'RUU kekal kerajaan boleh bawa kediktatoran, korup'
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil dari kiri: Wan Ahmad Fayhsal, Hassan
SHAH ALAM - Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya satu rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana Malaysia menggunakan sistem demokrasi berparlimen bukan demokrasi republik seperti diamalkan di Indonesia, Filipina, Perancis atau Amerika Syarikat (AS).