Akta Parlimen Berpenggal Tetap: Jelaskan maksud hilang keyakinan terhadap PM

Iklan
Dewan Rakyat

SHAH ALAM - Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA) mencadangkan supaya Akta Penggal Tetap Parlimen menjelaskan maksud 'hilang keyakinan' terhadap Perdana Menteri.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu berpandangan, akta itu perlu mengehadkan takrifan tersebut kepada tiga keadaan iaitu lulus usul undi tidak percaya, kekalahan usul keyakinan serta kekalahan bajet dalam bacaan kedua atau ketiga.

Iklan
Iklan

"Penyalahgunaan SD sebagai alat penyahstabilan adalah eksploitasi kelompongan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 43 mengenai kaedah untuk memastikan keyakinan Parlimen terhadap kerajaan atau kehilangannya.

"Sebarang pembentukan atau pemecatan kerajaan harus berlaku dengan pengundian di Dewan Rakyat dan di sinilah Akta Parlimen Berpenggal Tetap boleh menutup lompong tanpa bercanggah atau meminda Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ahmad Zahid sebelum ini mencadangkan RUU baharu digubal bagi memastikan kerajaan dikekalkan sehingga akhir penggal. - Foto Bernama

Iklan

Sebelum ini Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mencadangkan rang undang-undang (RUU) berkenaan diwujudkan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan.

Beliau dilapor berkata, langkah itu juga dapat menjamin kestabilan negara memandangkan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.

Iklan

Dalam pada itu Projek SAMA turut menggesa diadakan Undi Kepercayaan Pengesahan selepas pelantikan setiap kali Perdana Menteri baharu, sekali gus diperkenalkan di semua negeri.

"Dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, kerajaan tidak akan terganggu oleh gerak politik seperti Langkah Dubai atau seumpamanya.

"Bukan sahaja kerajaan, masyarakat sivil, perniagaan dan setiap rakyat Malaysia boleh merancang kerja dan rencana mereka untuk empat tahun akan datang.

"Sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan perkara yang sama untuk mewujudkan kestabilan dan akauntabiliti dalam amalan demokrasi di negara ini," ujarnya.