Peluang dan insentif kepada OKU masih samar
Iklan
Wawancara eksklusif bersama Presiden Majlis Belia OKU Malaysia, Mohd Faiz Shuhaimi di Pejabat MBM yang membicarakan mengenai masa depan OKU.
KEBANYAKAN belia OKU tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi punca golongan ini sukar mendapatkan pekerjaan bagi menampung keperluan ekonomi kehidupan mereka.
Presiden Majlis Belia OKU Malaysia, Mohd Faiz Shuhaimi berkata, belia OKU yang mempunyai kelulusan akademi di peringkat lebih tinggi sekali pun masih berdepan kesukaran sama apabila tawaran pekerjaan tidak setara keperluan fizikal mereka disebabkan kemudahan akses terhad.