Beberapa isu mengenai ekonomi
Iklan
Perbankan digital adalah anjakan kepada perbankan atas talian yang popular dalam kalangan perniagaan korporat dan pengguna generasi muda hari ini. Foto123RF
SEKALI lagi syarikat asing mendahului penggunaan kaedah perniagaan patuh syariah dengan melancarkan bank digital Islam pertama di Malaysia.
Pada 8 Januari lalu, media massa melaporkan AEON Credit Service (M) Berhad mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan bagi memulakan operasi perbankan digital di Malaysia.