Pemain Portugal import baharu JDT
Iklan
Francisco Geraldes
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus rancak mengukuhkan pasukan apabila mengumumkan import baharu, Francisco Geraldes menyertai Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.
Pengumuman itu dibuat JDT menerusi satu video di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Pemain berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa kelab seperti Sporting Lisbon dan kelab terakhir pemain kelahiran Portugal itu adalah bersama pasukan di liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Baniyas.
Geraldes yang bermain di posisi tengah itu juga pernah mewakili pasukan kebangsaan Portugal bawah 18 tahun (B-18), B-20 dan B-21.
Iklan
Arkitek baharu Harimau Selatan itu akan mengisi tempat ditinggalkan beberapa pemain import yang dilepaskan oleh JDT sebelum ini iaitu Diogo Luis Santo, Leandro Velazquez dan Fernando Forestieri.
Semakan di laman Transfermarkt meletakkan nilai Geraldes €2.5 juta (RM12.74) juta sekali gus menyaksikan dia merupakan antara import termahal Liga Malaysia.
Iklan
Sebelum ini, JDT turut mengumumkan Jalil Elias daripada Syria sebagai pemain import pasukan itu dan menjadi pemain termahal Liga-M dengan nilai €3 juta (RM15.2 juta).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>