12 maut dalam nahas babitkan bas di Nepal

Iklan
Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat.

KATHMANDU - Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat, lapor Xinhua.

"Seramai 12 orang disahkan terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kemalangan itu,” kata ketua pegawai daerah Rambandhu Subedi pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Bas yang membawa 36 penumpang itu dilaporkan dalam perjalanan ke Kathmandu dan didakwa dipandu laju sebelum melanggar pagar jambatan Sungai Rapti sebelum terjunam ke dalam sungai.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan.

Iklan

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan bangkai bas berkenaan, kata Subedi.

Mereka yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan. - Bernama-Xinhua

Iklan