Guru ditahan lakukan amang seksual terhadap pelajar

Iklan
Ahmad Faizal

HULU SELANGOR - Niat seorang guru untuk menunaikan umrah terbantut apabila ditahan pihak polis kerana melakukan amang seksual terhadap pelajarnya di sebuah maahad tahfiz di Batang Kali, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, guru tersebut diberkas oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, jam 10.45 malam pada Rabu di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan
Iklan

Jelas beliau, penahanan itu dibuat berdasarkan hasil risikan dan maklumat polis.

"Semua mangsa adalah pelajar suspek sendiri di maahad tahfiz berkenaan," katanya pada Jumaat.

Iklan

Ahmad Faizal berkata, suspek yang berusia 26 tahun dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Iklan

Difahamkan, seramai tiga pelajar lelaki berusia lingkungan lapan hingga 11 tahun menjadi mangsa gangguan suspek sejak dua tahun lalu.