Boleh jejas keyakinan pelabur asing
Iklan
Sebahagian warga Bangladesh dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang, diselamatkan imigresen dalam satu operasi di Klang, Selangor pada Rabu. Gambar kecil: Muhamad Zharif
SHAH ALAM – Isu pemerdagangan manusia yang berlaku di negara ini dikhuatiri akan mengancam kestabilan ekonomi kerana akan menurunkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sekiranya ia tidak diselesaikan secara serius dan drastik.
Ahli Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), Muhamad Zharif Luqman Hashim berkata, aktiviti haram itu akan merosakkan imej Malaysia sebagai negara yang aman dan berintegriti.