Sebat, sita premis eksploitasi warga asing
Iklan
Antara wanita warga asing yang berjaya diselamatkan disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk kegiatan persundalan menerusi serbuan di sekitar Selangor, pada 5 Januari lalu.
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas termasuk sebat, menyita premis dan menyekat akaun bank mana-mana individu atau majikan yang mengeksploitasi pekerja asing.
Peguam, Norman Fernandez berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan isu buruh paksa atau pelacuran dapat ditangani dengan berkesan.