Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan Langkah Dubai yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi Bernama malam ini berkata, kesemua laporan polis yang diterima itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.