Noktahkan kemelut SD
Iklan
Perhitungan SD menjadikan wakil-wakil rakyat individu sebagai ‘penobat raja’ dan melemahkan parti-parti politik dalam pembentukan kerajaan, sekali gus melemahkan demokrasi berparlimen serta institusi raja berperlembagaan. Gambar Bernama
SUNGGUHPUN tidak berasas kerana mustahil Perikatan Nasional (PN) dapat sekurang-kurangnya 43 ‘pelompat’, khabar angin mengenai Langkah Dubai tetap melanda ruang media. Versi terbaharu berpusatkan akuan berkanun, lebih dikenali dengan nama ringkas bahasa Inggerisnya – SD.
Sebelum krisis Perak pada 2009, wakil rakyat parti kerajaan boleh lompat tetapi mereka tidak dapat tumbangkan kerajaan jika kerajaan enggan mengaku kalah.