Dari padu ke pendatang
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika melancarkan PADU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto Bernama
'PADU' mempunyai banyak maksud. Mungkin bererti bersatu atau bergabung. Contohnya, ‘kami berpadu tenaga’ yang bererti ‘kami bersatu/bergabung tenaga’.
Dalam seni nyanyi padu membawa maksud berduet. Contohnya, ‘Budiman berpadu suara dengan Britney Spear’ yang maksudnya saya berduet dengan Britney Spear.