Kemelut politik Sabah paksa DUN dibubar awal?
Iklan
Bung Moktar (kanan) bersalam dengan Mohd Shafie ketika hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan yang diadakan di Dewan Hakka Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.
SHAH ALAM - Kemelut politik berterusan di Sabah mampu memberi tekanan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, sekali gus menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.
Pensyarah Kanan Pembangunan Manusia dan Politik Identiti, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Romzi Ationg berkata, biar pun terdapat banyak khabar angin, namun sehingga kini tiada petanda kemelut politik sekarang akan menyebabkan kerajaan dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bakal tumbang dalam masa terdekat.
Romzi