Berbelanjalah bagi elak banjir
Iklan
Anggota polis menggunakan bot penyelamat bagi membawa mangsa-mangsa yang terperangkap akibat bencana banjir di Pusat Bandar Kota Tinggi pada Selasa. Foto Bernama
SEKARANG musim hujan. Di Lembah Klang pun hujan turun tak kira masa. Bayangkan keadaannya di Pantai Timur dan juga di Johor. Keadaan banjir semakin buruk di sesetengah tempat.
Sepatutnya projek tebatan banjir sudah lama berjalan. Menteri Alam Sekitar yang sebelum ini pernah sebut angka RM50 bilion untuk projek 10 tahun. Tapi apabila bertukar kerajaan, cadangan pun hilang. Lepas itu kecohlah isu siapa dapat apa dan mengapa tidak ditender secara telus.